Pengalaman: Akaun Maybank GSPA

Artikel sumbangan Saudara Kamarul Nizam a.k.a kama

Assalamualaikum sahabat sahabat semua.

Ni adalah pertama kali aku nk menulis artikel, kalau ada tersalah tersilap harap maafkan aku. Aku nak berkongsi pengalaman aku bukak dan tutup akaun Maybank GSPA. Hujung tahun lepas, lepas aku rasa dah cukup ilmu untuk aku mulakan pelaburan emas nih, aku pon dengan tiada berlengah lagi telah membuat keputusan untuk membuka akaun Maybank GSPA kat branch dkt rumah aku di Sri Damansara.

Nak bukak akaun GSPA secara online pun boleh jugak, tp tempoh masa yang diambil agak lama makan dua tiga hari & kena submit dokumen dkt branch jugak, so kena pegi branch jugak walau macamana pon. Tanpa membazir masa aku terus draw duit RM600 terus pegi ke Maybank. Jangan lupa bawak IC, duit dan sebarang bukti yg kita duduk atau kerja kat area tu. Ari tu Maybank mintak Bil Letrik dan aku tak bawak bil. Last2 sekali bagi name card ofis pon ok sebab kerja dekat area tu.

Proses bukak akaun tak lah lama sangat. Mcm bukak akaun biasa je, cuma lebih byk dokumen & agreement kena sign. Aku tak ingat dah berapa salinan. Tp sign je lah. Kalau nk amik masa baca pun bagus, itulah yang sebaik baiknya. Aku tengok-tengok & cuba cari klaus-klaus yang penting, yang boleh & tak boleh buat, pengecualian dsb (standard bila baca agreement, kena tau apa yang boleh & tak boleh buat, sekatan2, disclaimers dsb). Aku pon dah lupa tp takat yg aku ingat, takde masalah ler semua OK. Kalau ada problem atau tak faham, tanya je pegawai kat situ. Tanya sampai faham. Ini hak anda. GSPA nih tak ramai yang tahu & faham, termasuk lah pegawai-pegawai Maybank tu sendiri. Kat branch Sri Damansara nih, keadaan agak kelam kabut dan mengelirukan. Tapi aku tunggu je lah, ada sorang lagi pegawai guide staff yang attend aku ari tu.
Harga Harian GSPA di www.maybank2u.com.my
Akaun GSPA tak boleh dijual beli secara online. Kalau nk buat transaction, kena pegi kaunter mana-mana Maybank. Minimum nk bukak akaun 5g. Baki kena tinggal dalam akaun aku rasa 2g (tak pasti kena cek dgn Maybank) kecuali kita nak terus tutup akaun. Akaun GSPA nih kita akan dapat 1 buku akaun. Dalam tu ada di tulis berapa gram yg kita ada, dan harga masa beli. Ala-ala buku ASB la. Hehe.

Tak berapa hari lepas tu aku tambah lagi 5 gram, total 10 g aku ada dalam GSPA, Alhamdulillah. Lepas beberapa bulan lepas tu, ms tu aku dah mula beli Kijang Emas dan Dinar, dan bila kaji balik, GSPA nih, aku rasa tak sedap ati bila ada pendapat kata GSPA nih tak ikut syariah. Terpulang pada korang lah aku taknak berdebat pasal nih. Hu hu, dah ler azam 2010 aku nk hapuskan riba dalam hidup aku. Aku pon mula lah mengkaji bagaimana nk tutup akaun GSPA. Tanya pendapat org dsb.. akhirnya aku decide untuk tutup akaun, walaupun akan kerugian rm12/g.

Akaun GSPA nih kita boleh withdraw emas fizikal dalam bentuk wafer. Ada 4 pilihan 10g, 20g, 50g dan 100g. Untuk withdraw emas fizikal kita kena bayar premium RM20, RM30, RM40 dan RM50 (ikut turutan). Aku pun buat beberapa panggilan ke beberapa branch Maybank untuk tutup akaun dan draw emas fizikal. Lain branch, lain jawapannya. Last sekali aku dpt info kena pegi ke branch Maybank Bukit Bintang depan Lot 10. Kat sana ada simpan gold wafer. Cuma ada 2 branch yang simpan gold wafer (HQ & Bukit Bintang).

Aku pon amik la cuti 1 hari untuk settlekan GSPA & lain2 hal. Pegi ke Maybank Bukit Bintang, bagitau nk tutup akaun GSPA & amik nombor. Bila nombor dah naik, pegi la dkt kaunter aku cakap lah nk draw emas fizikal & tutup akaun. Rupanya tak boleh buat macam tu! “Tak ada code untuk tutup dan draw emas fizikal” kata pegawai besar kat situ. Sama ada kena tutup akaun amik cash, ataupun top up minimum balance (masa tu pegawai tak pasti berapa gram) lepas tu draw emas fizikal 10g & byr premium RM20. Aduhh 2 pilihan je yang ada. Aku ingatkan boleh draw emas fizikal & tutup akaun.

Lepas pikir masak-masak, aku decide nk tutup akaun dan duit tu guna untuk beli Kijang Emas 1/4oz pada harga RM1005. Nasib baik akaun nih boleh ditutup kat branch lain, kalau tak naya lah aku kena balik branch Sri Damansara, lepas tu kena pegi branch lain yang jual Kijang emas. Tak apa lah, tambah koleksi Kijang sekurang-kurangnya. Duit lebih tu aku guna buat servis kereta nak balik kampung esok lusa ni. Itu lah pengalaman aku buka & tutup akaun GSPA kat Maybank.

Kama

--------------------
Kesimpulan:

1. Lebih mudah berurusan untuk membuka akaun GSPA di cawangan.
2. Keperluan membuka akaun:
- MyKad.
- Pengesahan alamat (Bil TNB, Astro).
- Mengisi borang dan $$ (Minimum 5gm bergantung kepada harga emas semasa).
- Anda akan dapat buku akaun GSPA.
3. Akaun GSPA tidak boleh diurusniaga secara online.
4. Pemegang akaun boleh mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong (10g, 20g, 50g dan 100g) dengan membayar sejumlah premium di Ibupejabat Maybank dan Cawangan Bukit Bintang.
5. Untuk menutup akaun, anda hanya boleh menerima bayaran tunai sahaja.

5 comments:

Aliff Shahuddin said...

terima kasih kepada saudara kama atas artikel yang disumbangkan, harap kawan2 dapat komen.

to kama: kalau tukar goldbar, hallmark apa dia bagi?

Dr Ibnu Ambak said...

Salam, bagus sharing pengalaman sdr.kama. Saya pun dah lama gak masuk saving goldbook ni, tp GIA public bank since Aug.2009. Pengalaman peribadi saya, rasa rugi lak masuk saving gold macam. Kita x bleh pegang/pajak-gadai, pastu ada risiko iaitu tidak dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan lain (saving &current acc.). Bagi saya, simpan emas ni adalah untuk pelindung/hedging aset kita, bukan fikirkan keuntungan semata2. Wang fiat ni..akan hilang nilai in the future, differ than gold keep in stable. Sila baca kat http://gold2emas.blogspot.com/2010/02/emas-simpanan-atau-pelaburan-pelindung_15.html

Anonymous said...

salam...minta kebenaran tuan punya artikal dan tuan punya blog..nak publis semula dalam blog saya..terima kasih

kama said...

woh ada komen rupanya.. aku cuba jawab lah..
aliff: gold bar yg maybank bagi.. dia bagitau dari Swiss. Itu je yg saya tau. tak dpt draw emas fizikal, tak dpt tengok ler.. huhu
reimei: Saya bersetuju dgn pendapat saudara..
Anonymous.. kalau tuan Aliff bagi kebenaran, silakan.. jgn lupa link balik ke blog nih ye?

Anonymous said...

salam
maybank bagi gold bar pamp suisse.
yg tak best nye gold bar nie tak boleh dibuka sarung nya.sekiranya terdapat kesan buka,maybank tak akan terima balik bila kita nak jual.tak sesuai kalau nak diarranuhhkan.